Pernahkah anda berada di dalam situasi sebegini;
“Lama dah tak call si dia ni”.
“Pernahlah call tapi dia tak angkat, lepas tu terus lupa” “Tak ada faedah pun kalau call dia, bukan dapat duit pun”
Tiga (3) situasi di atas mungkin anda pernah dengar atau pernah lalui sendiri. Bagaimana anda hadapi situasi begini? Mengekalkan hubungan ini satu pelaburan jangkamasa panjang. Ia perlukan kesabran. Ia perlukan ‘the BIG WHY’ atau sebab yang besar. Perkara yang besar tentu perlukan sebab yang juga besar.
Contohnya, jika ‘the BIG WHY’ kita hanya untuk kenal-kenal sahaja, usahlah berkecil hati jika pesanan WhatssApp tidak berjawab. Tenang sahaja. Jika ‘the BIG WHY’ kita meraih redha Yang Maha Kuasa, cekal dan sabarlah demi ganjaran yang kekal.
Merancang hubungan itu sendiri perlukan keazaman dan sebab yang utama. Apa yang lazim adalah jika ada kenalan nanti kita boleh berhubung. Apa kata kita ubah, saya perlu bina kenalan agar lebih ramai orang yang boleh saya beri manfaat kelak.