Menarik kupasan dan tulisan guru pemasaran terkemuka, Philip Kotler dan Pak Hermawan di dalam buku Marketing 4.0: Moving from Traditional to Digital.
Teori AIDA yang tersohor dalam dunia pemasaran kini perlu bersaing dengan 5A iaitu Aware, Appeal, Ask, Act, Advocate. Gelagat pembeli di alam maya bukan sahaja mementingkan kelajuan bahkan saling mengesyorkan sesama pelanggan. Recomendation.
Penjual produk atau perkhidmatan perlu berusaha untuk ‘memaklumkan’ (aware) akan produk atau perkhidmatan dengan pelbagai kaedah ‘memujuk’ (appeal). Sebelum keputusan pembelian dibuat, pembeli akan ‘ask around’ atau bertanya rakan-rakan yang dikenali dan yang belum dikenali sebelum membuat keputusan.
Menarik lagi apabila seseorang itu berpuas hati, si pembeli akan rekomen (advocate) produk atau perkhidmatan kepada orang lain; mereka yang dikenali mahupun yang tidak pernah mereka temui.