Media sosial adalah salah satu “tool” yang telah membuka ruang besar untuk bisnes (secara umumnya) mendapat pendedahan (market exposure) dengan kos yang jauh berbeza berbanding 20 atau 30 tahun duhulu.
Bagi trainers pada masa itu, pendedahan kepada pasaran hanya boleh diperoleh jika berjaya memasuki media arus perdana sama ada akhbar, majalah, televisyen atau radio. Bukan senang untuk wartawan “pick up story” kita jika kisah atau isi yang mahu kita sampaikan itu tidak cukup menarik bagi mereka. Apatah lagi untuk dapat undangan sebagai panel jemputan daripada penerbit rancangan televisyen mahupun radio. Jika mahu juga memasuki media, caranya mungkin hanya dengan membeli iklan atau slot promosi berbayar yang sangat tinggi kosnya.
Namun begitu, kita bernasib baik sekarang. Dengan adanya media sosial, “orang tengah” ini semua dapat di-“bypass”. Dalam ertikata lain, apa yang kita mahu cerita atau kongsikan dapat terus disampaikan kepada audien. Kita boleh tulis blog untuk menyampaikan idea dan pendapat, kita boleh rakam video dan wujudkan saluran khusus kita sendiri, kita boleh berbual dan membincangkan sesuatu isu atau topik dan bersiaran melalui “podcast” yang dirakam atau secara langsung. Dan di sinilah masalah boleh timbul.
Audience ≠ Target Market
Dalam konteks industri latihan, audien tidak semestinya sama dengan “target market”. Ini kerana dalam urusan jual beli program latihan, tidak semua peserta program latihan akan membayar yuran latihan dari poket sendiri. Mereka mungkin hadir ke sesuatu program latihan kerana diarahkan oleh pihak lain. Jadi sebagai contoh, program latihan menulis resume mensasarkan audien dari kalangan pelajar IPT yang bakal masuk ke alam pekerjaan, namun pihak yang mahukan program latihan itu (dan membayar kosnya) adalah pihak universiti. Contoh lain pula, audien mungkin adalah pegawai khidmat pelanggan, tetapi “target market” boleh jadi sektor kerajaan atau syarikat korprat.
Trainers biasanya mensasarkan “target market” yang sama – sekolah, IPT, NGO, sektor kerjaan dan syarikat korprat. Sehingga ada yang tulis secara langsung pada iklan mereka, “Program ini sesuai untuk sekolah, IPT, NGO, sektor kerajaan dan syarikat korprat.” Namun di media sosial, kesemua “target market” ini bercampur kerana penyertaan dalam media sosial adalah atas kapasiti peribadi – asalkan ada peranti dan hubungan kepada internet, sesiapa saja boleh memilih untuk ada media sosial. Dan semua orang (khususnya peniaga) yang bermedia sosial mahu dapatkan perhatian.
Oleh kerana semua mahukan perhatian, bagi mendapatkan perhatian secara khusus dari kalangan orang yang dalam kategori tertentu, mereka berlumba-lumba menghasilkan konten yang menarik audien. Menghasilkan konten memang susah. Apatah lagi konten yang menarik audien. Jadi, ada juga yang ambil jalan mudah dengan sengaja “mencuri perhatian” audien orang lain.
Matlamat Tidak Menghalalkan Strategi
Saya dikhabarkan, ada pihak yang mengajar teknik “tarik saja audien orang lain” ini sebagai “strategi pemasaran berkesan”. Saya faham konsep kerjasama dengan entiti yang berbeza namun mempunyai sasaran yang sama atau “strategic alliance” . Sebagai contoh, orang yang menjual tudung lazimnya akan dapat audien wanita, jadi penjual produk jagaan kulit yang sasarannya wanita juga, akan mahu “tumpang iklan” pada hantaran penjual tudung tadi. Cuma berbeza dengan kaedah “consignment” di kedai fizikal (ada perjanjian dan persetujuan), di media sosial seolah-olah etika ini telah di”bypass” dan ini menimbulkan rasa kurang senang, terutama pihak asal yang berusaha menarik audien dengan perkongsian dan hantaran berkualiti tadi. Mereka penat perah otak untuk menghasilkan konten yang bagus dan menarik, tetapi pihak lain yang mengambil kesempatan dengan memperkenalkan produk atau servis sendiri diruangan komen mereka.
Trainers adalah golongan yang saya anggap bijak. Dalam masa yang sama, tidak kurang juga ada yang licik! Mereka juga tidak lari daripada mengamalkan teknik “tarik saja audien orang lain” ini. Ada yang suka komen sambil mempromosikan diri. Mereka buat secara “subtle” yang mungkin jika ditegur, akan membetah dengan ayat, “eh, saya tak ada niat begitu pun”.
Kesimpulannya, perbuataan ini tidak beretika. Lebih-lebih lagi untuk para trainers. Ilmu itu sifatnya memuliakan dan kita sebagai pendukung ilmu perlu jaga peradaban dalam interaksi. Jangan sakitkan hati trainer lain dengan sengaja “tumpang iklan”. Takut-takut nanti bermula dengan “tarik saja audien orang lain”, lama-lama curi konten pula.
Saya bersyukur sempat belajar tentang “netiquette” semasa di Jepun sekitar tahun 1998 – zaman sebelum penggunaan internet meluas. Saya nampak pendekatan Jepun mendahulukan didikan masyarakat sebelum memperkenalkan teknologi telah memberikan hasil yang positif – paling tidak pada diri saya sendiri. Terlalu banyak isu “sakit hati” netizen berlaku sekarang kerana akses kepada teknologi datang sebelum didikan adab penggunaannya.
Saya kira menjadi tanggungjawab trainers di media sosial untuk paling tidak, menghentikan kitaran ini. InsyaAllah sama-sama kita usahakan, bermula dengan diri kita sendiri.
Tahun 2021 Tahun Kolaborasi
Kejayaan, Ukuran Dan Perjalanan
Ahmad Fauzan Othman is the Lead Trainer for HRDF Train-the-Trainer certification course and has trained various level of employees from the private and public sector. Fauzan has been actively sharing content online since 2015 and has conducted numerous webinars which have had viewers from across the globe including Poland, India and South-East Asia. Follow him on LinkedIn.