
Sesiapa yang biasa bekerja dengan saya dan kenal cara saya, tahu saya memang gemar ambil tahu mengenai “process flow”. Saya memang suka “figure out how things work”. Saya juga cenderung mencari “lowest common denominator” untuk membina “foundation” yang kukuh dalam pemahaman saya tentang satu-satu perkara.
Mereka yang pernah duduk dalam sesi brainstorming bersama saya, tahu saya suka “visual interpretations”. Kalau ada whiteboard, saya conteng pada whiteboard. Paling tidak, saya akan conteng pada kertas.
Jadi, apabila saya nampak blueprint ini, sudah tentunya saya suka. Ini adalah visual dari hantaran laman FB Johor Southern Tigers pada tahun 2016.
Hantaran yang dimaksudkan:
Selain daripada yang disebut dalam hantaran tersebut, saya dapat pengajaran berikut:
- Kita perlu definisikan sendiri maksud “kejayaan” – dengan cara ini, kita akan dapat kenalpasti “milestones” yang betul dan tahu apakah penanda aras yang menggambarkan bahawa kita semakin hampir kepada definisi kejayaan tersebut. Kita tidak lagi ukur kejayaan dengan kayu ukur orang lain. Kita ukur dengan “parameters” kita sendiri.
- Dalam usaha kita cuba mencapai “kejayaan” tersebut, akan ada masalah-masalah yang perlu diselesaikan. Jangan jadikan masalah-masalah ini isu besar dalam blueprint “kejayaan” kita. Selesaikan semampunya dan “keep moving forward”.
- Tujuan blueprint adalah untuk meletakkan struktur asas kepada perancangan ke arah mencapai matlamat – Bukan menghuraikan semua perkara. Atas faktor ini, “visual representations” sudah memadai, jangan terperangkap dengan “details” kerana kita tidak mungkin tahu setiap perincian semasa kita dalam fasa itu.
- Matlamat perlu “crystal clear” namun laluan bagi mencapainya tidak perlu huraian dan perincian kerana ini menghadkan kreativiti dan menjadikan kita kurang “agile”. 2 + 2 dapat 4 dan 1 + 3 juga dapat 4.
- Apabila kita tahu matlamat dan ada perancangan, kita tidak perlu ambil kisah dengan kata-kata orang luar – baik sindiran, mahupun saranan. Oleh kerana kita tahu apa “kejayaan” yang mahu dicapai dan apa “parameters” yang perlu diukur, kita tidak mudah goyah dalam “journey” kita.
Kembali ke JDT, dalam blueprint yang dihasilkan pada 2013 ini tiada pun disebut JDT perlu menang setiap perlawanan. Namun, sekarang kita lihat hasil pencapaian mereka.
Saya kongsikan kisah ini bukan kerana saya penyokong JDT walaupun saya lahir di Johor dan mengikuti pasukan bola sepak Johor sejak liga Semi-Pro tahun 1991. Saya kongsikan agar menjadi inspirasi kepada mereka yang mengejar definisi kejayaan sendiri dan sangat jelas dengan apa yang perlu bagi merealisasikan “vision” itu. Kepada anda yang seperti itu, teruskan usaha! InsyaAllah masa anda akan tiba.
Jurujual Idea, Jurujual Gagasan

Ahmad Fauzan Othman is the Lead Trainer for HRDF Train-the-Trainer certification course and has trained various level of employees from the private and public sector. Fauzan has been actively sharing content online since 2015 and has conducted numerous webinars which have had viewers from across the globe including Poland, India and South-East Asia. Follow him on LinkedIn.
