Adakah cadangan atau proposal anda pernah ditolak? Ditolak oleh orang lain bila mengusulkan sesuatu cadangan perniagaan contohnya. Ditolak oleh orang lain apabila ingin mengenengahkan satu-satu usulan. Penolakan perniagaan, penolakan hajat dan hasrat bahkan idea juga. Penolakan ini sebetulnya adalah satu proses yang lazim dan perlu dijangka. Lebih kerap kita ditolak adalah lebihbaik. Tiada siapa yang tidak pernah ditolak.
Bagi menangani tekanan ditolak, lebih banyak perlu terima penolakan. Lagi banyak penolakan adalah lagi bagus. Bagus untuk jantung juga. Lagi kerap kita ditolak, lagi bagus dan lagi kental jiwaragauntuk menghadapi penolakan. Lagi besar penolakan itu lebih baik.
Anda sedang dipersiapkan untuk penolakan yang lebih besar. Makanya, rezki lebih besar menanti. Lagi hebat ujian, lagi bagus pengalaman diperolehi. Bagaimana ingin mengurus penolakan? Tips termudah selain dari bersedia untuk ditolak adalah membuat persediaan rapi dengan bahan atau maklumat yang akan dicadangkan. Perincian bahan dan maklumat, risikan pasaran, kenali pelanggan hinggalah kepada mantapkan kemahiran jualan misalnya.
Yang utama, setiap dari kita tidak ‘menolak diri sendiri’.