fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Sabri Suby Dan Strategi ‘Godfather’

Sabri mempunyai kebolehan tersendiri untuk memahami konsep perniagaan setiap pelanggannya dan kemudiannya mewujudkan satu tawaran yang begitu istimewa dan tidak dapat ditolak oleh bakal pembeli.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali siapakah Sabri Suby, jangan risau. Beliau adalah ketua pegawai eksekutif King Kong, satu agensi pemasaran digital yang terkenal di Australia. Sebenarnya saya baharu sahaja terserempak dengan satu artikel yang terdapat di portal Foundr, yang ditulis oleh David M Hobson.

David bukan sahaja mengikuti rapat kisah Sabri, tetapi sempat membuat beberapa kajian, membaca dan memerhati serta membuat pencarian di Google tentang kejayaan Sabri. Menurut David lagi, beliau amat terpegun bagaimana kerja keras Sabri dan pertumbuhan perniagaan King Kong miliknya membuahkan hasil yang begitu besar walaupun masa yang diambil tidak begitu panjang.

Sabri, sama seperti usahawan-usahawan lain, bermula tanpa apa-apa yang istimewa. Tidak ada modal permulaan yang banyak, keluarga yang kaya-raya ataupun bantuan dari para pelabur. Yang ada hanyalah sebuah komputer riba, satu telefon pintar dan akses kepada internet. Tetapi, dalam masa 4 tahun sahaja Sabri telah membina perniagaan bernilai 10 juta dolar, yang mana ia telah dinobatkan sebagai salah satu agensi pemasaran digital yang paling pesat membangun bagi seluruh Australia.

Apa yang menariknya ialah, Sabri masih mampu membantu para pelanggannya yang berada dalam 120 bidang yang berlainan menjana jualan melebihi 400 juta dolar secara keseluruhannya. Bagaimana dia lakukannya?

Tawaran ‘Godfather’.

Sabri mempunyai kebolehan tersendiri untuk memahami konsep perniagaan setiap pelanggannya dan kemudiannya mewujudkan satu tawaran yang begitu istimewa dan tidak dapat ditolak oleh bakal pembeli. Ini salah satu kehebatan Sabri.

Bayangkan setiap pelanggan, apabila melihat atau mendengar sahaja tawaran yang direkabentuk oleh Sabri, mereka terus teruja dan sedar tak sedar sahaja terus bersetuju malah ada yang terus membuat pembayaran tanpa perlu menunggu hujung bulan, gaji ataupun perlu berbincang dengan pasangan masing-masing di rumah. Ia sangat berkesan tetapi dalam masa yang sama ia juga merbahaya kepada pemilik perniagaan itu.

Ia merbahaya kerana sebagai pemilik perniagaan dan produk yang dijual, anda perlu memberikan komitmen sepenuhnya berdasarkan janji yang akan diberikan kepada orang ramai. Kita sedang berada dalam era yang serba-serbinya dalam talian jadi setiap kali kita tidak dapat menunaikan janji ke atas tawaran yang diberikan, berita ini pasti akan tular. Apabila ini berlaku, jenama anda sudah semestinya akan terjejas teruk.

Satu contoh tawaran ‘Godfather’.

Tawaran tempoh percubaan percuma selama 120 malam oleh Tilam Koala. Bagi sesiapa yang berada di Australia pada waktu tawaran ini sedang berlangsung, pasti akan mempertimbangkannya untuk rumah mereka tanpa berfikir panjang. Mengapa?

  1. Ia percuma, selama 4 bulan.
  2. Penghantaran ke rumah dan untuk mengembalikannya sekiranya tidak berminat, juga percuma.
  3. Ia melenyapkan persoalan anda, “bagaimana kalau tilam itu tidak selembut yang disangka, tidak menepati selera saya ” atau bermacam-macam lagi permintaan yang bukan-bukan.
  4. Anda tidak perlu memegang, melihat dengan mata sendiri atau memandu ke kedai tersebut untuk membeli.

Apakah tawaran ‘Godfather’ anda?

Ya, mungkin tawaran seperti Tilam Koala tadi boleh dilakukan kerana pemilik jenama tersebut mempunyai modal yang besar dan mampu menerima risiko sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Namun ini hanyalah contoh yang saya mahu anda berfikir secara kreatif tentang apa yang anda boleh sediakan yang bersesuaian dengan situasi produk dan jenama anda sendiri.

Gunakan senario tadi dan fikirkan sejenak. Tentu ada sesuatu yang boleh anda lakukan mengikut perspektif produk anda.

Tawaran anda perlu ada kriteria ini.

Menurut Sabri, tawaran anda hanya akan kelihatan jitu sekiranya:

  1. Mesej yang cuba disampaikan mudah difahami dan jelas oleh sasaran pasaran.
  2. Mereka gembira dengan nilai tawaran yang diberikan.
  3. Mereka tidak akan berjumpa dengan tawaran yang sama di tempat lain.
  4. Ia berbunyi memujuk.
  5. Ditambahkan dengan beberapa bonus yang mereka tidak dapat katakan “Tidak”.
  6. Mempunyai ayat yang seolah-olah bercerita yang mereka dapat bayangkannya.
  7. Mempunyai harga yang terpampang jelas dan terang. Jelaskan juga mengapa harganya begitu dan mengapa mereka perlu membeli.
  8. Ia mempunyai tarikh tamat, dan buatkan pembaca merasa rugi jika mereka masih berlengah.
  9. Ia menyediakan jaminan yang hebat.
  10. Ia mempunyai amaran risiko yang akan berlaku sekiranya mereka tidak membelinya.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Mengapa Strategi Pemasaran Mahal?

Marketing

Why Engagement-Led Marketing Is The Future For Consumer Businesses

Marketing

Should You Ask Your Friends To Like Your Facebook Page?

Marketing

Using Urgency To Increase Sales: The Psychology Behind 11-11 Sales

Perspectives

Connect
Sign Up For Our Newsletter