fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Pelajari, praktik dan manfaatkan ilmu pemasaran sebaiknya

Photo by Deva Darshan from Pexels

“Menguasai ilmu pemasaran sangat penting. Secara realiti, memahami ilmu pemasaran bukan sahaja penting untuk memajukan perniagaan tetapi juga berguna dalam merealisasikan cita-cita untuk membina kehidupan yang lebih baik. Pelajari, praktik dan manfaatkan ilmu pemasaran sebaiknya.”

Itulah pesanan yang telah menusuk ke dalam hati dan jiwa ini dari seorang individu yang berjaya. Seorang ahli perniagaan berstatus ‘tycoon’ yang bermula dari bawah dan banyak jatuh bangunnya sebelum tersenarai antara individu yang bertanggungjawab membangunkan hartanah saujana mata memandang di beberapa bandaraya besar di Malaysia dan luar negara.

Persoalan siapa individu tersebut bukan menjadi matlamat menulis artikel ini, tetapi apa yang beliau kongsikan lebih 10 tahun dahulu terus menjadi pemangkin semangat buat diri ini. Lantas saya terpanggil berkongsi sedikit pengalaman yang terkait dengan pesanan tersebut sebagai iktibar dan motivasi kepada pembaca yang dihormati.

Selain itu, Ia juga tercetus hasil cadangan beberapa pihak agar saya dapat berkongsi pengalaman pahit manis lebih 20 tahun dalam profesyen pemasaran. Semoga ia sedikit sebanyak dapat menyuntik nilai tambah bermanfaat dalam cabaran norma baharu dan situasi ekonomi yang masih tidak menentu ini.

Aspirasi Pemasaran  

Pemasaran antara bidang yang saya minati sejak di bangku sekolah menengah. Segalanya bermula apabila saya mula terjebak bersama kalangan rakan-rakan yang rajin mencari duit tambahan selepas waktu sekolah sebagai pekerja sambilan di stesyen minyak, pusat cuci kereta dan kedai makan. Ia menjadi pendedahan ‘streetwise’ pertama saya mengenali asas pemasaran dan jualan. 

Saya tidak dilahirkan dari keluarga hartawan tetapi menjalani kehidupan yang mencukupi dan mementingkan nilai akademik. Faktor itu membuatkan saya akur untuk mengutamakan pelajaran walaupun hati ketika itu sudah mula terpikat untuk cari duit. Tidak susah nak cari duit… pacak gerai di lokasi strategik dan jual barang orang pun ada peluang dapat duit banyak, beli rumah dan kereta BMW!

Ya.. tak susah nak cari duit jika berusaha. Tetapi untuk ‘buat duit’ dan memastikan ia berkembang untuk jangka panjang kerjaya mahupun perniagaan memerlukan ilmu dan fokus yang berbeza. Untuk itu, saya berterima kasih kepada keluarga kerana telah memberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran. Ia salah satu aset yang boleh dimanfaatkan selagi kita hidup. Tahu memanfaatkan aset dengan betul dapat menyokong pelbagai peluang dalam perkara yang diusahakan.

Dipendekkan cerita, bekerja dalam sektor swasta adalah pilihan dalam membina kerjaya selepas graduasi. Bermula sebagai pegawai pemasaran di sebuah syarikat pelaburan sejurus tamat praktikal, saya bersyukur kerana beroleh kepercayaan ramai kenalan dan sokongan rakan-rakan sepengajian dari kalangan keluarga yang lebih berkemampuan dalam memperkukuh jaringan kerjaya.

Selama hampir 2 tahun berhempas pulas, saya berjaya menarik akaun pelaburan bernilai RM2 juta. Dari situ, saya bersengkang mata mempelajari sentimen dagangan saham bersama pasukan pengurus dana dan pemasaran bagi memaksimakan keuntungan. Teknologi A.I. atau analisis digital pasaran saham masih lagi asing ketika itu. Kami menggunakan analisa konvensional sehingga pernah menjana portfolio keuntungan akaun kumpulan pelanggan mencecah RM8 juta.

Ketika usia 24 tahun dengan pendapatan 5 angka sebulan, saya ditawarkan jawatan pengarah pemasaran. Malangnya saya tidak menyedari disebalik perlantikan tersebut terdapat masalah dalaman yang telah wujud di antara lembaga pengarah dan campurtangan politik. Syarikat sebenarnya sedang melalui fasa kerugian dari tahun ke tahun sehingga akhirnya sampai ke penghujung jalan. Lebih memburukkan, saya antara yang perlu bertanggungjawab untuk sebahagian hutang syarikat berjumlah RM260,000 sebagai penjamin korporat.

Terasa dikambinghitamkan, saya ketika itu tidak bersedia dan tidak mempunyai pelan sokongan. Saya turut hilang pekerjaan apabila pelanggan mula berpindah akaun pelaburan kepada syarikat lain disebabkan penutupan operasi perniagaan, malah perlu naik turun mahkamah bagi menyelesaikan pelbagai perkara dan hutang syarikat. Pelbagai harta terpaksa dileburkan demi kelansungan hidup. Menulis artikel ini juga sukar untuk menggambarkan situasi yang berlaku.

Syukurlah, melalui kepercayaan bekas pelanggan, saya diberi peluang menyertai sebuah firma periklanan yang baru ditubuhkan dengan menyandang tanggungjawab pengarah eksekutif. Namun bukan mudah melaksanakan amanah bersama pasukan baharu tatkala emosi masih terganggu. Perbelanjaan syarikat yang masih terhad serta kerja yang memerlukan pengorbanan masa dan idea juga memerlukan ketabahan dalam merangka pelan pemasaran syarikat, strategi kewangan peribadi dan fokus keluarga secara profesional.

Pengukuhan Kerjaya Dan Keusahawanan 

Sepanjang berkecimpung dalam industri periklanan, sebahagian besar mereka yang membantu membuka jalan agar saya dapat memulihkan kerjaya adalah dari kalangan bekas pelanggan. Peluang bertemu ‘tycoon’ tersebut pula adalah melalui kepercayaan dari pelanggan baru dalam periklanan yang berhasrat memperkenalkan khidmat saya kepada anak syarikat beliau. 

Semakin lama, saya mula menyedari penglibatan dan portfolio pemasaran banyak membantu pemulihan dan pembangunan kerjaya. Maka, pesanan secara peribadi oleh ‘tycoon’ tersebutlah yang menjadi pencetus keyakinan diri untuk mengambil keputusan memulakan penglibatan sepenuh masa secara ‘independent’ bermula 2011 sehingga hari ini.

Bermula dengan menulis blog secara aktif untuk ‘online establishment’ dan menambah pendapatan serta terlibat dalam pelbagai inisiatif pemasaran dan keusahawanan sosial, setiap orang mempunyai kemampuan, pengalaman dan perspektif kehidupan yang berbeza. Walaupun turut menerima beberapa tawaran ‘venture capital’ untuk membangun perniagaan baharu, saya lebih selesa memilih fokus khidmat dan komitmen melalui kolaborasi dan kontrak bersama pelanggan perniagaan dalam menjayakan setiap pelan dan kempen pemasaran. 

Sehingga kini saya terus menambahbaik Elemen Pemasaran Penting Sebagai Freelancer Profesional kerana ia banyak membantu saya berdikari dalam membina kehidupan untuk keluarga disamping merealisasikan cita-cita dengan arah tuju tersendiri. Setiap penglibatan bersama pelanggan sentiasa menjadi komitmen untuk membangun maju bersama. Kejayaan setiap pelanggan menjadi kepuasan serta portfolio kejayaan peribadi.      

Melalui pengalaman ini juga membuka peluang mengenali lebih ramai pemain industri serta melihat ramai ahli perniagaan yang berjaya dengan mementingkan elemen pemasaran. Mereka tidajjk teragak-agak untuk memperuntukkan sejumlah modal sebagai pelaburan bagi memperkukuh strategi pemasaran melalui jabatan pemasaran ‘in house’ termasuk khidmat pakar ‘outsource’ dalam menjayakan aspirasi perniagaan.

Justeru itu, menguasai ilmu pemasaran adalah sebahagian cabang pelaburan dan modal insan untuk kebaikan kerjaya, keusahawanan dan juga untuk kehidupan yang lebih baik. Terus mempelajari dan mempraktik pengetahuan atau mendapatkan khidmat pakar pemasaran adalah asas penting yang mampu membuka pelbagai peluang serta potensi perniagaan untuk terus berkembang dan membangun maju dalam arus kemajuan era digital kini dan masa hadapan.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Connect
Sign Up For Our Newsletter