Xiaomi updated logo rasmi dengan kos berjumlah $300,000 dengan lantik seorang designer yang bernama Kenya Hara , Presiden of Nippon Design Center dan juga seorang profesor di Musashino Art University. Logo bertemakan ‘Alive’ oleh Hara kalau nak dibandingkan dengan logo lama, tak ada sedikit perbezaan dari segi bentuk akronim ikon, MI. 100% sama.
Cuma, apa yang membezakan yang lama dan baru ialah they used mathematics to make the logo a Perfect in-between of a square and a round shape. (Unknown)
Mungkin, ada yang tertanya. Kenapa kos design logo sampai beratus ribu? Edit sendiri atau hire internal team pun boleh buat kalau ada vector file. Jadi, dekat mana relevan untuk kos harga sedemikian rupa?
Dekat sini ramai yang tak tahu mengapa logo redesign untuk Cadbury Dairy Milk (£500,000 [1]), Burger King Malaysia (RM30 juta [2]) , termasuk Xiaomi, agensi cas dengan harga yang tak masuk akal walaupun logo yang ditukar tu tak jauh beza dan brand itu sanggup melabur untuk tukar logo je.
Salah satu faktor dan sebabnya ialah design direction, brand positioning and strategy.
Untuk kes Xiaomi, Hara bukan sahaja cas untuk logo tu tetapi strategi yang dia hasilkan sebelum terhasilnya logo akhir, termasuklah identiti system, website interface, dan bahan-bahan marketing yang menyeluruh termasuk customer experience (frontliners), company culture, shop interior and decor, office, advertisment direction, uniform, signage dan banyak lagi.
Itu belum masuk kos dan operasi post-design iaitu percetakan.
Untuk sebuah agensi kreatif yang bekerja rapat dengan jenama besar, mereka perlu supervise proses percetakan dan penghasilan itu dengan rapat dan teliti supaya apa yang mereka design, dapat hasil yang tepat seperti dirancang seperti bahan-bahan yang digunakan, kualiti warna, etc.
Itu belum lagi beli lesen typeface yang premium lagi-lagi dengan isu copyright dan trademark. Kebiasaannya, benda-benda rumit ini tidak diceritakan kepada umum, tapi di simpan dalam sebuah dokumen yang dipanggil Brand Guidelines.
Dan jangan lupa, Hara tak buat seorang diri. Dia juga ada kos operasi yang dia perlu tanggung – team members, adobe creative suit, project timeline dan milestones, tenaga elektrik, design ideation dan banyak lagi.
Ah, design revisions dan feedback gathering. Belakang tabir, entah berapa banyak konsep yang kena reject dan redevelop.
Kalau buat website sahaja boleh drag timeline dan berubah interface design dengan hanya bertukar data flow, apatah lagi rebranding dan redesign new logo.
Masa = wang
Bayangkan, berapa banyak outlet yang perlukan bahan packaging, marketing yang ada di seluruh dunia.
Itulah beza harga sebuah logo $1,000 dengan $300,000 dan kenapa ia relevan untuk cas macam tu. Kalau setakat logo RM300, apalah sangat. Cheers!
“They see logo redesign and rebranding as an investment, not as expenses.”
Rujukan:
[1] https://www.marketing-interactive.com/analysis-why….
[2] https://www.theedgemarkets.com/…/burger-king-malaysia….
Bacaan Lanjut:
1. https://www.thevocket.com/belanja-rm1-24-juta-hasil…/
2. https://www.creativebloq.com/news/new-Xiaomi-logo
3. https://blog.mi.com/…/xiaomi-unveils-new-alive…/
4.https://www.theverge.com/…/xiaomi-new-logo-design…
5.https://www.marketing-interactive.com/xiaomi-adopts-new…
6. https://www.gizmochina.com/…/xiaomi-unveils-a-new…/