Menguasai pengetahuan produk atau perkhidmatan adalah antara pra-syarat untuk berjaya dalam perusahaan atau perniagaan. Ia juga harus nampak berjaya yang bermaksud memberi gambaran positif kepada pelanggan bahawa kita amat menyukai produk atau bidang yang diceburi, bukan suka biasa-biasa sahaja.
Seorang peniaga atau pemilik bisnes berteraskan ilmu pengetahuan haruslah benar-benar menguasai bidang yang diceburi. Bahan bacaan yang dipilih harus menguatkan penguasaan bidang tersebut. Rujukan demi rujukan perlu digiatkan.
Kita berbincang tentang kemahiran menguasai pengetahuan produk atau serbis yang diceburi. Gelagat pelanggan yang berilmu dan bermaklumat tidak boleh diambil ringan. Beberapa ketika sebelum pertemuan perniagaan, si pelanggan kini hanya perlu ‘Google’ sahaja unuk tahu apa nak ditanya dengan pembekal. Banyak FAQ atau ‘Frequently Asked Questions’ yang ada di internet. Si penyedia perkhidmatan atau penjual produk harus mahir akan produk atau perhidmatannya.
Ya, membangunkan FAQ untuk produk atau perkhidmatan kita adalah satu tips bagi menguasainya. Menyediakan soalan lazim bagi produk atau perkhidmatan yang kita tawarkan akan dapat membantu kita bersedia dengan sebarang pertanyaan pelanggan kelak.