fbpx
Connect with us

Subscribe

photograph of person holding black leather wallet with money

Azleen Abdul Rahim

Bagaimana Caranya Untuk Hasilkan Pemasaran Yang Berkesan Dengan Bajet Kecil?

Kawan-kawan punya pasal, ini taktik yang saya gunakan yang anda juga boleh tiru. Malaysia Boleh!

Photo by EVG Culture on Pexels

Ada caranya. Saya juga menggunakan kaedah-kaedah ini. Percuma, hampir percuma dan berkesan. Saya menulis artikel ini kerana minggu ini sahaja saya telah menerima tiga pesanan terus dari rakan-rakan LinkedIn yang inginkan jawapan kepada persoalan ini. Nasib baik mereka ini semua kawan. Kalau saya tak kenal, nak sahaja saya balas balik mesej mereka, untung nak ratus-ratus ribu, untung nak juta-juta setahun, tapi pemasaran semua nak free. Agak-agaklah.

Kawan-kawan punya pasal, ini taktik yang saya gunakan yang anda juga boleh tiru. Malaysia Boleh!

Pertama, jangan menipu diri sendiri. Akui yang kita sebenarnya tidak mempunyai peruntukan yang banyak untuk pemasaran. Jangan menipu orang lain juga. Jangan sesekali mengambil sesiapapun bekerja dengan anda sekiranya anda tidak berniat untuk membayar gaji atau upah mereka. Sambil menulis artikel ini saya teringat pula kisah saya ditipu setahun yang lalu oleh seorang ketua pegawai eksekutif yang berpangkat Dato’. Dia mempunyai beberapa buah syarikat termasuklah sebuah syarikat penghantaran makanan. Individu ini masih belum membayar lagi hutang yang sepatutnya dibayar sebaik sahaja khidmat saya tamat. Dia telah menggunakan khidmat saya selama tiga bulan gara-gara ingin menaikkan jenama perkhidmatan syarikatnya. Rupa-rupanya baharu saya tahu yang hidupnya memang begitu, dari bangun tidur sehingga di pejabat kesemuanya digerakkan dengan hutang. 

Ada lagi seorang, Dato’ juga, menggunakan khidmat saya selama dua bulan kerana ingin menaikkan jenama syarikat teksi beliau. Insiden ini berlaku lima tahun yang lalu kalau tak silap saya. Saya diambil bekerja tetapi saya tidak tahu yang dia sebenarnya tidak berhasrat langsung untuk membayar perkhidmatan yang diberikan. Dia hanya mahu menggunakan kepakaran pemasaran yang saya ada dengan percuma kemudian berdolak-dalik untuk tidak membayar sehingga saya terpaksa berhenti kerja begitu sahaja. Dia memang terkenal dengan sifat kasar dan samseng, langsung tidak kisah tentang wang yang dihutangnya. Bukan sedikit, RM23,000 hangus begitu sahaja. Jadi tolonglah, anda jangan jadi seperti kedua-dua individu jahanam ini. Kalau tidak ada bajet, belajar untuk buat sendiri pemasaran anda. Terdapat pelbagai bahan bacaan dan video di internet yang boleh dirujuk. Bahasa Melayu ada, Bahasa Inggeris pun ada. Sila rajin-rajinlah belajar.

Cara kedua ialah dengan menggunakan Facebook untuk iklan. Mengapa? Dua sebab. Pertama, kerana platform ini menawarkan kadar diantara yang termurah berbanding platform-platform lain, iaitu hanya RM4 sahaja sehari. Facebook juga memiliki Instagram yang anda boleh iklannya di situ juga walaupun anda tidak begitu aktif di Instagram. Kedua, hampir semua orang di Malaysia ini memiliki akaun Facebook. Apa lagi, inilah masa dan platform terbaik untuk anda ambil kesempatan. Anda boleh memilih untuk meletakkan iklan anda sebanyak RM4 boleh, RM10 boleh, RM100 boleh, RM1,000 pun boleh untuk tempoh tertentu mengikut bajet yang ada. Tidak perlu menghabiskan masa berada di platform lain kalau bajet anda ketat, Facebook sahaja pun sudah mencukupi. Buat satu-satu dahulu. 

Walaupun murah, iklan anda di Facebook akan menjadi efektif sekiranya anda tahu kepada siapa iklan anda itu hendak ditayangkan. Anda tidak boleh menayangkannya kepada semua orang kerana bukan semua orang sasaran pelanggan anda. Kalau anda memiliki perkhidmatan teksi premium contohnya, anda tidak boleh mencari orang biasa-biasa seperti saya ini sebagai sasaran. Anda sepatutnya mencari orang yang have-have atau ada-ada, yang mungkin akan menggunakan khidmat teksi premium anda itu. Orang seperti saya bukan sasaran anda. Bukan apa, saya nak bayar duit Grab RM5 pun tangan dah menggeletar, inikan pula teksi premium.

Ketiga, anda juga boleh menggunakan kaedah penulisan blog dan masukkan blog atau artikel yang ditulis itu tadi ke dalam laman web syarikat anda. Ia juga percuma. Apa yang anda perlu lakukan ialah menulis, itu sahaja. Bagaimana menulis secara konsisten boleh membantu? Begini. Sekiranya ada orang sedang mencari jawapan kepada permasalahan mereka di Google dan sekiranya mereka terjumpa dengan penulisan anda yang mempunyai jawapan kepada permasalahan tadi, berkemungkinan besar mereka akan membaca artikel anda sehingga habis. Mungkin juga mereka akan tertarik dengan jawapan unik anda itu. Mungkin juga mereka akan tertarik dengan apa yang anda jual selepas itu. Mungkin juga mereka akan membeli dari anda. Untung bukan? 

Anda cuma perlu menulis, itu sahaja.

Kaedah user-generated content atau kandungan yang dibuat oleh orang lain juga boleh digunakan. Teknik UGC ini diantara yang paling efektif sekali. Cuba anda lihat akaun Instagram yang dimiliki oleh Airbnb dan juga GoPro. Kebanyakan gambar dan video mereka sebenarnya dimiliki oleh peminat mereka, rakan niaga mereka dan pelanggan mereka. Apa yang Airbnb dan GoPro kemudiannya lakukan ialah dengan menggunakan kembali user-generated content ini di dalam akaun mereka dengan meminta kebenaran terlebih dahulu dari pemilik sebenar gambar atau video tadi. Anda akan lihat sendiri yang pengikut anda akan meningkat dengan lebih cepat dan mudah kerana gambar atau video yang digunakan itu berkualiti tinggi. Berkemungkinan besar juga pemilik sebenar gambar tadi akan menekan butang Like kepada gambar yang anda muatnaik itu. Dan apabila mereka menekan butang Like, secara automatik pengikut mereka juga akan nampak gambar dari akaun anda itu. 

Senangkan?

Pemasaran sebenarnya tidak memerlukan belanja yang besar dan anda sendiri boleh lakukannya jika berkemampuan. Tetapi sekiranya anda tidak mempunyai masa, sudah tiba masanya anda meletakkan sedikit bajet yang bersesuaian untuk mengupah freelancer, pekerja separuh masa ataupun pekerja anda sendiri yang berkelapangan untuk membantu anda.

Tidak perlulah bercerita besar, ingin pertahankan ego tinggi dan bercita-cita besar untuk menggunakan khidmat agensi pemasaran yang besar-besar kemudiannya tidak mampu untuk membayar mereka. 

Kan malu sendiri.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

2 Comments

2 Comments

  1. Asiah Sarji

    6th October 2020 at 11:52 am

    Assalamualaikum Azleen

    Suka baca kisah Azleen. Setuju dengan Azleen untuk melakukan sesuatu proses pemasaran sangat mudah…Azleen dah tunjuk beberapa cara. Sekarang ni bukan peralatan yang sangat dipentingkan tetapi kerajinan. Kalau malas, sehebat manapun mapulasi teknologi, tidak sampai kemana jua.

    SEMOGA ALLAH TERUS MEMBERI KEKUATAN KEPADA AZLEEN UNTUK MENJADI HEBAT INSYAALLAH. ALLAH NAMPAK APA YANG AZLEEN BUAT. INSYAALLAH SUATU HARI AZLEEN BERJAYA. SALAM.

    asiah sarji.

  2. Azleen Abdul Rahim

    6th October 2020 at 2:10 pm

    Terima kasih Asiah. Amin, Yarabbal ‘Alamin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Get Real With People: Brand Persona & Your Business

Marketing

Five Common Reasons Why Your Subscribers Are Not Opening Your Email Newsletter

Marketing

Apple’s Newest iOS Update Is Here: What Can Advertisers Expect

Marketing

5 Proven & Effective Steps To Increase Engagement On Your Email Marketing Strategy

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter