fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Pemasaran, Jawapan Kepada Saat Sukar Mahupun Senang

Tanpa pemasaran, tidak akan ada lagi kemajuan

Photo by Yaopey Yong on Unsplash

Tahun lalu, seorang sahabat LinkedIn telah menghantar pesanan ringkas kepada saya melalui platform tersebut. Beliau memberitahu yang dia baharu sahaja berhenti kerja. Katanya, tekanan di pejabat terlalu perit untuk dia teruskan kariernya di situ. Sebulan sebelumnya beliau nekad untuk berhenti kerja. Dan dia terus menghantar pesanan ringkas tadi sebaik sahaja notis 30 hari beliau tamat. Kata orang, di antara saat yang paling menggembirakan dalam hidup ialah apabila kita tidak lagi merasa stres kerana perlu mengheret diri sendiri ke pejabat setiap hari.

Tujuan pesanan ringkas tersebut dihantar hanyalah satu. Dia perlukan bantuan saya untuk memulakan perniagaannya sendiri. Hasratnya mudah, dia ingin membina karier baharu melalui sebuah agensi pemasaran digital dan perhubungan awam milik sendiri. Dia tidak mahu tersalah langkah pada saat awal. Perkara terakhir yang dia inginkan ialah terkial-kial melakukan kesalahan demi kesalahan sebelum berjumpa dengan langkah kanan. Atas sebab ini, bantuan saya ditagih.

Memandangkan beliau tidak mempunyai landasan yang panjang untuk melakukan kesalahan bagi menggantikan pendapatan kerana berhenti kerja, saya pun bersetuju. Lagipun konsep perniagaan yang ingin diceburinya hampir sama dengan agensi pemasaran digital saya. Mengambil kesempatan ke atas kestabilan konsep perniagaan ini, saya berterus-terang kepada sahabat saya tadi, dahulu saya memulakan langkah pertama saya dengan ini:

Pemasaran.

Bagi saya, semuanya bermula dari pemasaran. Saya percaya, apa gunanya kita mempunyai produk yang bagus tetapi kalau orang tidak tahu tentangnya. Pemasaran membolehkan kebarangkalian untuk orang datang membeli akan lebih tinggi apabila lebih ramai orang tahu tentang kita. Yang penting mereka perlu tahu siapa kita, apa yang kita jual, buatkan mereka yakin dengan kredibiliti kita dan buatkan mereka yakin dengan kualiti produk kita.

Lakukan ini semua, dengan sendirinya lebih ramai yang akan datang membeli.

Ketika perniagaan saya mula hendak bertapak dahulu, saya mulakannya dengan membina kredibiliti profesional saya dahulu di LinkedIn. Sebelum itu, saya banyak perhatikan para peniaga kecil di Facebook. Saya tertanya-tanya, bagaimana mereka boleh mendapatkan jualan hampir setiap hari dengan konsisten? Rupa-rupanya, hampir kesemua mereka membuat promosi mereka habis-habisan di akaun peribadi mereka sendiri dan bukannya di sebelah Facebook Page. Baharu saya tahu, sebabnya. Kalau mereka memulakan langkah pertama dengan membuat promosi melalui Facebook Page dengan menggunakan jenama perniagaan terlebih dahulu, pasti tiada seorang pun akan datang membeli kerana seorang pun tidak kenal jenama perniagaan mereka.

Jadi, mereka mulakan langkah kanan melalui akaun peribadi terlebih dahulu di Facebook. Dengan cara ini mereka tahu, rakan-rakan, jiran atau saudara mereka di Facebook yang melihat status yang mereka muatnaik pasti akan membantu dengan membeli produk yang dijual.

Dengan menggunakan logik yang sama, saya melakukan perkara yang sama melalui akaun LinkedIn peribadi saya. Sedikit demi sedikit saya membina jumlah pengikut saya di platform ini. Hari ke hari, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Lama kelamaan, saya mula mendapat pesanan jualan terhadap perkhidmatan juruperunding secara berterusan.

Sementara saya kembangkan jumlah pengikut di LinkedIn, saya perbetulkan juga strategi penjenamaan peribadi saya melalui penulisan profil yang baik. Bukan itu sahaja, strategi pembuatan kandungan saya, kualiti penulisan artikel saya, cara yang membalas komen, cara saya memberikan komen pada status orang lain, cara saya berinteraksi dan akhir sekali jenama perniagaan saya di sebelah LinkedIn Page juga saya perbaiki agar nampak lebih profesional.

Berdasarkan pengalaman ini, saya menasihati sahabat LinkedIn saya tadi:

“Guna LinkedIn, ia platform yang sesuai untuk anda. Bukan sahaja hampir kesemua eksekutif profesional dan ahli-ahli korporat serta pemilik-pemilik perniagaan ‘melepak’ secara digital di sini, mereka juga sangat baik dan mudah didekati secara profesional. Mereka ini adalah bakal pelanggan anda sekiranya strategi pemasaran yang betul digunakan.”

Ini cerita tahun lalu. Kini, zaman ‘susah’ sudah berlalu pergi. Perniagaan sahabat saya ini pun sudah mula mendapat tempat di hati para pelanggannya. Pendapatan bulanan yang diperolehinya juga semakin meningkat. Pemasaran jenama peribadi dan perniagaan sangat penting tidak kira sama ada waktu susah mahupun senang.

Tanpa pemasaran, tidak akan ada lagi kemajuan.

Azleen Abdul Rahim adalah seorang pakar pemasaran digital

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter