fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Ikut Langkah Ini Jika Ingin Menjadi Autoriti Dalam Bidang Anda

Pandangan, pendapat dan idea yang anda ada perlu mempunyai struktur

Photo by freestocks.org from Pexels

Apakah itu autoriti? Ia bermaksud anda merupakan individu atau jenama yang sering menjadi rujukan penting daripada komuniti dalam satu-satu bidang atau industri. Anda dilihat mempunyai pengaruh, kepakaran, pengalaman dan pengetahuan dalam bidang tersebut, yang tidak dimiliki oleh orang atau jenama lain.

Setiap apa yang anda kongsikan bakal menjadi panduan yang boleh dipercayai kepada komuniti, dan ini bukan sahaja akan menjadikan jenama anda jauh di atas berbanding para pesaing yang lain dalam industri yang sama, malah anda juga akan menikmati peluang-peluang perniagaan yang jauh lebih baik berbanding para pesaing tadi.

Anda juga pernah melihat beberapa individu yang mempunyai begitu ramai pengikut, tetapi mereka tidak begitu berpengaruh. Tetapi sebaliknya terdapat individu-individu yang dilihat istimewa yang mempunyai aura positif tertentu yang dapat dirasai oleh orang di sekeliling, walaupun jumlah pengikutnya tidak begitu ramai.

Apakah langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk menjadi seorang autoriti? Beberapa langkah kritikal yang anda perlu ambil termasuklah.

Membaca. Ini sangat penting. Dengan tabiat membaca yang konsisten anda akan sentiasa berjumpa dengan idea-idea yang bernas, teori yang baharu dan belajar dari pengalaman orang lain tentang sesuatu dalam bidang anda. Tanpa membaca, anda tidak akan mendapat ilmu yang anda kehendaki sebagai pengetahuan.

Memerhati. Pembacaan tidak akan bermakna sekiranya kita tidak ikutinya dengan pemerhatian. Teori dan pengalaman orang yang dibaca tadi melalui buku atau artikel perlu dikaji keberkesanannya. Salah satu cara untuk melihat keberkesanannya ialah melalui pemerhatian tingkah laku yang wujud secara realiti.

Perlaksanaan. Mungkin apa yang kita baca tadi dapat dilihat tahap keberkesanannya melalui pemerhatian yang dilihat, namun ia tidak bermakna kita akan mendapat hasil yang sama dari apa yang dibaca dan dilihat. Jadi kita perlu mencuba sendiri. Ini baharu akan membuktikan kepada kita yang teori yang dibaca tadi akan mampu memberikan keputusan tertentu secara realiti.

Menulis. Pandangan, pendapat dan idea yang anda ada perlu mempunyai struktur. Tiada cara yang lebih baik untuk menyusun apa yang anda fikirkan dalam kepala anda selain daripada menulis. Melalui penulisan, ia akan memaksa anda untuk menyusun corak penceritaan yang anda akan tulis agar para pembaca dapat membaca dan memahami tentang apa yang ditulis dengan baik.

Mengajar. Setelah anda mempunyai pemikiran yang berstruktur, ia akan memudahkan anda mengajar orang lain, mengendalikan bengkel dan juga melakukan apa jua bentuk persembahan atau presentation dengan mudah. Penyampaian, penjelasan dan maklumat yang anda persembahkan kepada para hadirin juga akan mampu ‘dilihat’ walaupun anda tidak menggunakan apa-apa presentation slide.

Laman web. Nama anda perlu diperkuatkan dengan mempunyai domain sendiri yang dipersembahkan dalam bentuk laman web. Tanpa laman web yang mempunyai nama sendiri sebagai domain, amat sukar untuk anda simpan dan pamerkan setiap penulisan dan video yang anda sediakan kepada para pengikut anda. Setiap kandungan yang anda bina perlu disimpan dalam satu tempat yang mudah untuk diperolehi. Dan laman web merupakan tempat yang paling baik untuk ini.

LinkedIn. Penjenamaan diri mampu diperkuatkan dengan mempunyai profil tersendiri di LinkedIn. Ini perlu juga dibantu oleh kehadiran jenama peribadi anda di Facebook, Instagram dan Twitter agar komuniti di sana juga tidak akan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan anda di alam maya.

Fokus. Sebaik-baiknya anda harus mengelak dari menulis dan berkongsi tentang topik-topik yang berada di luar dari bidang anda sendiri. Cuba sebaik mungkin untuk tidak masuk campur dalam hal-hal sebegini kerana ia berada di luar kepakaran anda. Sebaliknya fokus kepada topik-topik yang berkisar tentang bidang anda sahaja.

Jangan mengaku. Hanya individu yang bongkak sahaja yang akan mengaku dirinya bagus. Untuk mendapatkan kekuatan dan impak sebagai seorang autoriti dalam bidang anda, biarkan orang lain yang melabelkan anda sebagai seorang autoriti, bukan diri sendiri.

Ingat, anda tidak akan melihat hasilnya dalam masa sebulan dua. Dengan formula ini, ia akan mengambil sedikit masa sekurang-kurangnya 12 hingga 18 bulan untuk hasil yang terbaik. Apa yang anda perlu ada ialah disiplin dan stamina. Tanpa kedua-dua ini, berkemungkinan besar anda akan gagal mencapai apa yang dihajati.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter