fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

5 Cara Berkesan Meningkatkan Strategi Social Selling

Media sosial sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai saluran komunikasi sosial atas talian

Photo by W Alan on Unsplash

Pada era sebelum kemunculan teknologi digital, kebanyakan ahli pemasaran, agen jualan atau usahawan mempunyai pilihan yang terhad. Selain menjalankan usaha pemasaran dan jualan melalui telefon, surat dan risalah, ia memerlukan kita keluar untuk berinteraksi secara fizikal bagi meningkatkan kredibiliti pasaran dan hubungan prospek serta pelanggan.

Jika dahulu, hampir setiap hari kita perlu mengeluarkan kos tambang, duit minyak dan tol, makan dan minum serta menjelaskan bil telefon pada penghujung bulan bagi tujuan ‘prospecting’. Ia memerlukan komitmen masa serta kewangan, malah perlu memastikan lokasi bersosial yang sesuai sekiranya kita mahu membina ‘engagement’ dengan sebahagian kluster prospek pasaran yang berpotensi.

Kini, senario pasaran sudah banyak berbeza. Walaupun kaedah lama masih terpakai, kini terdapat pelbagai cara yang strategik dan kos efektif sebelum kita perlu keluar ‘prospecting’ tanpa kepastian yang jelas. Itulah kelebihan yang terlahir daripada perkembangan teknologi era digital masa kini.

Lapangan media sosial seperti LinkedIn, Facebook, Twitter dan Instagram merupakan kemudahan teknologi yang memainkan peranan penting dalam membina perhubungan masa kini. Dari situ juga, wujudlah pelbagai strategi pemasaran era baharu yang antaranya adalah strategi Social Selling.

Apa Itu Strategi Social Selling?

Berdasarkan penjelasan Hootsuite, Social Selling merupakan satu kaedah dalam memanfaatkan saluran media sosial sebagai platform ‘prospecting’ dan membina kredibiliti pasaran melalui perhubungan atas talian. Ia melibatkan pelbagai inisiatif daripada mengenalpasti prospek sehinggalah menjadi pelanggan dalam menjana penjualan.

Namun ada sesetengah rakan industri sama ada ahli pemasaran atau jualan pula berpendapat, social selling juga merupakan penggantian kepada strategi ‘cold calling’ yang kerap digunapakan pada satu masa dahulu. Tetapi apa yang membezakan ialah, social selling mempunyai pelbagai kelebihan dalam membina strategi untuk perhubungan yang lebih terbuka juga bersifat peribadi.

Media sosial sememangnya sudah tidak asing lagi sebagai saluran komunikasi sosial atas talian. Ia juga menjadi landasan terbaik dalam melaksanakan strategi social selling kerana kemampuannya membina audien, berinteraksi dan ‘engagement’ secara kos efektif berbanding kaedah fizikal sebelum ini.

Social selling membantu ‘prospecting’ dengan mewujudkan interaksi berkualiti terhadap audien yang dapat menyokong ‘engagement & establishment’ dalam memperkukuhkan lagi kredibiliti pasaran anda kepada prospek berpotensi sehingga menjadi pelanggan.

Berikut ada beberapa cara untuk meningkatkan strategi Social Selling yang berkesan. Pada artikel kali ini, saya berkongsi 5 kaedah untuk dipraktikkan secara mudah.

Bina kredibiliti media sosial anda. Pada setiap status media sosial yang kita kongsikan sama ada di LinkedIn, Facebook, Twitter atau Instagram, memberi peluang kepada kita untuk mempamerkan kredibiliti diri serta nilai tambah yang dapat kita berikan kepada audien. Begitu juga dengan komen-komen yang kita berikan dalam komunikasi di media sosial. Jaringan media sosial menjadi medan memperkasa kredibiliti dan penjenamaan diri. Selain itu, ia juga menjadi peluang membina ‘authority’ serta prospek perkenalan yang lebih akrab.

Antara kaedah yang boleh dilakukan adalah;

  • Sentiasa berkongsi status, artikel dan kandungan yang releven dalam industri yang diceburi.
  • Memberi pandangan dengan komen-komen yang bernas serta dapat memberi nilai tambah bermanfaat kepada audien dan prospek.
  • Membina hubungan yang baik untuk engagement dalam membina penjenamaan diri.
  • Berkongsi ‘social proof’ antaranya seperti gambar pelanggan bersama produk sebagai penghargaan atau apa jua penglibatan yang selaras dengan hasrat yang disasarkan.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan khidmat kerjasama dengan ‘influencer marketing’ yang sesuai dengan niche pasaran anda bagi meningkatkan kepercayaan prospek. Influencer merupakan individu yang mempunyai ramai pengikut media sosial dengan ‘one-on-one engagement’ yang baik. Ia membantu memperkukuh kredibiliti dan memantapkan lagi strategi social selling anda.

Kenalpasti prospek melalui perbualan yang relevan. Cara terbaik membina prospek adalah dengan sentiasa mengenalpasti potensi melalui topik komunikasi yang releven dengan agenda pemasaran dan jualan anda. Melalui beberapa analisa profil terhadap prospek juga dapat membantu memberi gambaran bagaimana cara terbaik menarik minat dan mendekati mereka.

Ikuti status-status perkongsian prospek di timeline media sosial bagi mendapatkan idea terbaik yang dapat membantu anda berkongsi status untuk membina ‘engagement’ dengan mereka. Anda juga boleh memanfaatkan beberapa kemudahan ‘social media listening tools‘ untuk mendapatkan info terkini produk, servis dan pesaing yang terkait jenama atau perniagaan anda.

Selain itu, anda juga boleh mengetengahkan isu atau permasalahan yang biasa dihadapi kebanyakkan prospek berserta solusi atau cadangan tertentu. Cuba dapatkan maklumbalas terhadap isu tersebut kerana dengan cara ini dapat membantu mengeratkan lagi hubungan serta meningkatkan lagi kepercayaan prospek terhadap diri dan jenama anda.

Menyediakan maklumat berkualiti secara konsisten. Salah satu kaedah biasa digunapakai dalam meningkatkan keberkesanan strategi pemasaran digital dan media sosial adalah dengan menyediakan maklumat-maklumat berguna dan berkualiti kepada audien. Ia juga terpakai untuk menjayakan strategi social selling ini.

Anda harus merangka pengisian kandungan berinformasi di media sosial yang dapat menambah pengetahuan audien terhadap bidang yang anda ceburi. Anda boleh merangka kandungan sendiri atau berkongsi kandungan orang lain asalkan ia selaras dengan niche anda. Menyediakan maklumat berkualiti secara konsisten juga menjelaskan Kenapa Menulis Penting Untuk Pemasaran.

Namun harus juga diingatkan agar fokus anda tidak melakukan ‘hard sell’ pada setiap status yang dikongsikan. Menyediakan maklumat berkualiti secara konsisten juga dapat membina ‘authority’ niche yang juga penting dalam membina keyakinan prospek terhadap bidang kepakaran anda.

Menjaga hubungan baik dengan prospek. Kejayaan tidak berlaku semalaman. Ia memerlukan fokus dan kesabaran serta niat yang betul dalam merealisasikan hasrat yang disasarkan. Membina hubungan media sosial juga bukan sekadar memerlukan fokus dan kesabaran, tetapi keperihatinan dalam membina hubungan yang telus.

Tidak semua prospek mampu bertukar menjadi pelanggan dalam tempoh masa yang singkat. Oleh itu, adalah penting menjaga hubungan berterusan walaupun ada yang masih belum bersedia menjadi pelanggan. Pesanan salah seorang mentor perniagaan juga ada mengingatkan agar kita juga perlu menanam niat membantu kerana ia menjadi asas membuka pelbagai lagi pintu rezeki dan kepercayaan pasaran yang lebih utuh.

Sentiasalah berkomunikasi dengan prospek mahupun pelanggan atas tujuan menjaga hubungan dengan memberikan maklumat-maklumat yang dapat membantu kehidupan mereka, disamping membina jalinan perkenalan yang lebih akrab dari masa ke semasa.

Membina kepercayaan melalui pencapaian. Sesungguhnya, ramai yang suka dan tertarik dengan cerita-cerita kejayaan dan penglibatan pembangunan yang positif. Secara tidak langsung ia mampu memberi inspirasi kepada yang lain disamping meningkatkan lagi keyakinan audien, prospek serta pelanggan terhadap anda.

Sama ada anda menerima anugerah, pencapaian yang baik atau terlibat dalam menjayakan sesuatu program yang mampu memberi impak positif kepada masyarakat, adalah lebih baik anda berkongsi kejayaan, pencapaian atau penglibatan itu secara terus di media sosial. Ia adalah lebih baik untuk prospek mengetahui dari status anda sendiri berbanding mendapat tahu dari pihak ke-3.

Selain itu, gunakan peluang tersebut dengan status yang membina dan memberi inspirasi disamping menghargai mereka sebagai sebahagian penting untuk anda berkongsi berita tersebut.

Bina Reputasi Pasaran Dengan Strategi Social Selling

Sejujurnya, saya juga masih terus memperkukuh penglibatan kerjaya dengan menambahbaik perlaksanaan strategi social selling dari masa ke semasa. 5 strategi social selling di atas menjadi asas yang sentiasa diusahakan disamping beberapa kaedah lain yang bersesuaian agar dapat terus bertapak dan berkembang dalam industri digital. 

Berbeza dengan social marketing yang lebih menumpukan kepada capaian ramai, social selling ini lebih terarah kepada membina perhubungan terbuka namun lebih ‘personal’. Ia juga merupakan sebahagian kaedah Self-Funded Proposal dalam membina ‘authority’ dan kredibiliti pasaran yang memberi manfaat kepada pengukuhan kerjaya melalui potensi media sosial.

Justeru, selaras dengan perkembangan teknologi dan perubahan trend pasaran, strategi social selling juga akan terus bertahan dan berkembang lebih pesat.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

1 Comment

1 Comment

  1. Qiss

    24th March 2020 at 10:18 am

    Nak menang hati pelanggan agak sukar kalau tak pandai bab ni. Bolehlah nanti nak cuba tips2 ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter