fbpx
Connect with us

Subscribe

Azleen Abdul Rahim

Taktik Pemasaran Instagram Untuk Tahun 2020 Di Malaysia

Penulisan status di Instagram perlu lebih santai, lebih ringan dan lebih interaktif

Image by cloudlynx from Pixabay

Tahun 2020 merupakan tahun yang melihatkan para usahawan dan ahli korporat tidak lagi melihat Facebook sebagai pilihan utama media sosial untuk mereka bergerak lebih aktif dalam membuat pemasaran mereka. Tidak kira sama ada ia pemasaran untuk diri sendiri mahupun untuk produk mereka, kebanyakannya lebih menumpukan perhatian mereka kepada LinkedIn, Instagram dan juga Twitter

Sebabnya mudah, ketiga-tiga platform media sosial ini masih lagi menawarkan pertumbuhan organik bagi setiap status yang dimuatnaik oleh para pengguna.

Walaupun Instagram dimiliki Facebook, tingkahlaku platform ini jauh berbeza. Buat masa ini, pertumbuhan organiknya sangat baik dan ia amat diminati oleh golongan yang gemarkan visual seperti gambar dan video. Biasanya golongan yang gemarkan visual sebegini ialah terdiri daripada sebahagian dari Generasi X, keseluruhan Generasi Y dan Z yang rata-rata dari mereka masih muda.

Pemasaran di Instagram pula tidak sama seperti di tempat lain, dan bukan semua produk atau perkhidmatan yang boleh dipasarkan melalui rangkaian ini. Dan ia juga bukanlah semata-mata untuk selfie, gambar-gambar makanan yang bakal anda jamah ataupun digunakan untuk mengambil gambar matahari terbenam semata-mata. Ia jauh lebih dari ini semua.

Kalau begitu, apa yang boleh dan tidak boleh di Instagram sebenarnya?

  • Instagram sangat sesuai untuk produk dan perkhidmatan untuk pengguna runcit. Contoh terbaik ialah seperti tudung wanita, peranti mudah alih, makanan, percutian, pakaian, perabot, hartanah, kenderaan dan seumpamanya.
  • Instagram tidak sesuai untuk perniagaan yang berbentuk B2B atau perniagaan kepada perniagaan. Contoh yang paling dekat ialah perkhidmatan pemasaran digital dan perundingan.
  • Instagram tidak sesuai sekiranya anda terlalu ingin mempromosikan produk atau perkhidmatan yang anda sediakan. Tetapi ia akan berkesan sekiranya anda boleh menjual dengan cara tidak terlalu menjual.
  • Penulisan status di Instagram perlu lebih santai, lebih ringan dan lebih interaktif. Jika terlalu serius, ia tidak akan mampu pergi jauh kerana golongan muda datang ke platform ini semata-mata untuk bersantai dan melepaskan tekanan mereka di tempat kerja.
  • Penulisan status yang terbaik di Instagram ialah dengan cara seolah-olah mengajak para pengikut anda untuk bersembang. Mungkin anda boleh bercerita secara kelakar tentang pengalaman tertentu, pertanyaan atau kuiz, apa yang anda sedang lakukan dan sebagainya.
  • Gambar dan video yang dimuatnaik di Instagram perlu mempunyai kualiti yang baik, cantik untuk dilihat yang mampu menarik orang lain untuk melihatnya dengan lebih dekat dan lama serta menulis komen mereka pada status anda. Gambar dan video yang kabur atau yang dilihat amatur tidak akan mampu menarik semua ini.
  • Untuk mendapatkan perhatian yang baik di Instagram, anda perlu memuatnaik sekurang-kurangnya satu status setiap hari ataupun lebih, dengan syarat anda mempunyai gambar atau video dan juga cerita yang menarik untuk dikongsi. Walaupun ramai yang menasihati agar memuatnaik lebih dari satu status setiap hari, namun sekiranya gambar yang ada tidak menarik langsung dan anda pun tidak tahu apa yang perlu diceritakan pada status tersebut, lebih baik anda tangguh dahulu.
  • Muatnaik gambar anda tidak perlu dimuatnaik setiap kali. Ia boleh diselang-seli dengan gambar yang dilihat dari mata anda. Orang akan bosan kalau asyik melihat gambar anda sahaja walaupun dengan pelbagai karenah dan latar belakang. Lama kelamaan mereka akan lari. Sebab itu anda perlu selang-seli dengan sesuatu yang anda lihat, biar pengikut anda melihat sesuatu dari mata anda.
  • Untuk hasil yang paling baik, cuba muatnaik gambar-gambar anda yang tidak melihat kamera. Ia akan menarik perhatian para pengikut anda dengan lebih baik berbanding anda melihat kamera. Tak percaya? Cuba lah.
  • Video berdurasi satu minit juga sangat sesuai di Instagram. Tidak kira sama ada ia berbentuk secara langsung, untuk Instagram Story mahupun sekadar muatnaik biasa, kesemua ini sangat berkesan di Instagram.
  • Ajak mereka ke biografi anda. Ini paling penting. Jangan asyik muatnaik status kosong sahaja. Anda juga perlu mengajak mereka untuk ke biografi anda kerana di sini anda secara tidak langsung akan mengajak mereka untuk klik pautan yang anda letakkan untuk membawa mereka ke laman web anda. Di sini, anda perlu menjual.  
  • Jangan lupa hashtag yang sesuai. Ia sangat penting untuk anda dijumpai di Instagram
  • Dan yang paling penting, kalau anda masih buntu tentang strategi yang hendak digunakan, anda boleh pertimbangkan kaedah user generated content, iaitu menggunakan kandungan orang lain dengan kebenaran untuk menarik pengikut ke Instagram anda. Tak tahu bagaimana? Cuba lihat bagaimana GoPro dan Airbnb lakukannya.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Azleen Abdul Rahim is the Co-Founder of Marketing In Asia. He also runs NSE, a social media management company. Follow him on LinkedIn.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

6 Sebab Mengapa Pemasaran Media Sosial Penting Bagi Seorang Usahawan

Marketing

Apa Beza ‘Content’ Dan ‘Container’?

Malaysia

Kepentingan Pemasaran Dalam Realiti Keusahawanan & Kehidupan

Khir Khalid

people wearing diy masks people wearing diy masks

Etika Penting Dalam Merangka Strategi Pemasaran Sosial

Marketing

Connect
Sign Up For Our Newsletter