fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Kepentingan Memperkasa Kemahiran Penulisan Dalam Era Digital

Setiap hari kita menulis dalam pelbagai saluran komunikasi tanpa menyedari bahawa penulisan memainkan peranan besar dalam mempengaruhi kredibiliti kerjaya dan kehidupan

Photo by Kiyun Lee on Unsplash

Penulisan merupakan elemen komunikasi yang sangat penting. Bagi memastikan kita dapat terus berkembang maju selaras pengembangan dunia digital kini, ia perkara yang tidak boleh dipandang sepi, terutama untuk memperkasa kerjaya dan kepimpinan dalam apa jua bidang yang diceburi.

Saya terkesan dengan input Leaderonomics bertajuk 6 Methods For Leaders To Improve Their Writing Skills yang menyatakan: ramai dalam kalangan kita hari ini lebih fokus mempelajari kemahiran perucapan awam, menambahbaik penampilan diri dan teknik bahasa badan untuk tampil berkeyakinan, tetapi terlepas pandang dalam memperkasa kemahiran menulis.

Setiap hari kita menulis, sama ada bermesej, ‘Whatsapp‘, menulis emel, status media sosial, laman web dan pelbagai lagi saluran komunikasi tanpa menyedari bahawa penulisan juga sebenarnya turut memainkan peranan besar dalam mempengaruhi kredibiliti kerjaya dan kehidupan.

Berikut saya panjangkan 6 kaedah penting yang perlu kita ketahui dalam memberi nilai tambah memperkasa kemahiran menulis dengan lebih baik:

Kenalpasti Audiens. Perkara utama yang perlu anda pastikan adalah mengenalpasti pembaca atau audiens sebelum mula menulis. Mengenalpasti audiens mampu membina tindakbalas positif atas apa yang ditulis dan juga membina kredibiliti penampilan diri. Sama ada anda berkomunikasi dengan klien atau rakan, mengenal pasti audiens penting dalam penyampaian mesej yang berkesan.

Letakkan Diri Pada Kedudukan Audiens. Penting untuk anda memahami keberadaan audiens dengan meletakkan diri anda pada kedudukan mereka. Ia membantu dalam menghasilkan konteks kandungan yang mampu memberi impak kepada sasaran pembaca dengan jelas dan tepat. Sekiranya anda memahami audiens, anda mampu membina hubungan yang baik melalui penulisan. 

Memilih Tonasi Penulisan. Tonasi penulisan juga penting dalam menghasilkan kandungan yang membina kepada pembaca. Tonasi yang dimaksudkan seharusnya bersifat sederhana, iaitu penyampaian yang tidak menonjolkan ciri-ciri langsung tidak formal atau terlalu profesional. Pastikan tonasi penulisan yang mesra pembaca selaras dengan penerimaan prospek yang disasarkan.

Bina Tonasi Penulisan Yang Aktif. Tonasi penulisan aktif merupakan kaedah penulisan yang mempunyai ciri-ciri kandungan yang tegas dan dominan. Ia membantu dalam membina kredibiliti kepada pembaca bahawa anda layak dalam bidang yang disampaikan dan memahami topik yang ditulis. Ia mampu menyuntik pengaruh positif kepada sasaran pembaca dengan berkesan.

Konteks Penulisan Yang Tepat Dan Khusus. Adalah penting untuk memastikan agar kandungan yang ditulis dapat mengupas sesuatu topik secara jelas dan lengkap. Jauhkan penulisan yang hanya berbentuk ‘bebelan’ semata-mata kerana ia juga memberi kesan kepada penyampaian dan  penampilan diri anda yang diketengahkan melalui penulisan.

Buat Semakan Apa Yang Ditulis. Membuat semakan penting sebelum kita berkongsi apa yang  ditulis kepada pembaca. Kita perlu pastikan agar tidak ada kesilapan dalam ejaan, penjelasan yang tidak tergopoh-gopoh dan gaya bahasa yang betul dalam penyampaian. Kita juga perlu sentiasa menambahbaik kemahiran menulis agar apa yang ditulis dapat difahami dengan jelas.

Justeru itu, anda mesti pastikan 6 perkara di atas sentiasa wujud dalam usaha memperkasa kemahiran menulis kandungan yang akan membantu melonjakkan kredibiliti kerjaya dan kepimpinan. Penulisan akan terus relevan dalam pengembangan era digital kerana ia menjadi jambatan asas yang penting dalam platform komunikasi setiap urusan kerjaya malah kehidupan seharian.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter