fbpx
Connect with us

Subscribe

Kartina Rosli

Mengapa Cara Penulisan Bahan Rencana Berunsur Kemanusiaan Penting?

Ia juga satu kaedah untuk meningkatkan kesedaran nilai sesebuah organisasi

Photo by Irwan Bajang from Pexels

Saya pasti anda pernah melihat dan tersentuh dengan kisah-kisah yang berunsurkan kemanusiaan di dalam akhbar, laman media sosial atau media siaran. Nah, mengapa cerita-cerita berunsurkan kemanusiaan selalu mendapat sambutan para pembaca dan terukir di minda mereka? Tentunya kerana kisah yang terpapar relevan dan mereka dapat mengaitkan cerita itu di dalam kehidupan peribadi atau harian mereka.

Antara tugas-tugas yang dilaksanakan pegawai perhubungan adalah menulis bahan berita korporat, siaran akhbar dan rencana yang berunsurkan kemanusiaan atau ‘human interest stories’. Selain membeli ruang iklan atau advertorial di media, menulis rencana berunsurkan kemanusiaan adalah satu kaedah efektif yang boleh meningkatkan kesedaran nilai-nilai murni sesebuah organisasi pada audiens sasaran. Selalunya, taktik berkesan ini bukan saja digunakan oleh organisasi bukan untung atau ‘non-profit organisation’ tapi juga di banyak organisasi lain untuk meningkatkan imej mereka yang menyokong inisiatif yang relevan bagi masyarakat umum.

Selama bertugas sebagai pegawai komunikasi di sebuah institusi pengajian tinggi di sini, saya telah menghasilkan berbagai rencana dan usulan berita yang berunsurkan kemanusiaan dari individu berbagai lapisan masyarakat, umur, kaum dan kerjaya. Melalui perkongsian mereka, saya mendapat gambaran tentang kehidupan mereka yang mengisahkan keberanian, kasih sayang, semangat perjuangan, kekuatan mental, dan banyak lagi. Yang pasti, bahan cerita seperti ini menimbulkan perasaan belas kasihan, kekaguman, keinsafan dan sebagainya.

Berdasarkan pengalaman saya, jika cerita itu unik dan menyentuh semangat manusia, peluang rencana ini diterima oleh media amat tinggi. Jadi, apakah panduan yang senang dan efektif apabila menulis bahan rencana berunsur kemanusiaan?

Mencari sudut atau ‘angle’ yang paling sesuai – Persoalan yang perlu kita tanyakan adalah, apakah motif rencana berunsurkan kemanusiaan kita? Cari cadangan jualan unik atau ‘unique selling proposition’ organisasi yang berkesan dengan rencana kita yang boleh di terima sasaran audiens. Antara sudut yang lain adalah, bagaimana perkhidmatan atau produk kita menyokong semangat dan aspirasi sasaran kita, atau adakah rencana itu bertujuan mencari sokongan untuk projek organisasi kita? Pastikan kita mencari sudut yang tepat dan sesuai.

Masa yang baik untuk menulis bahan rencana. Secara amnya, rencana berunsur kemanusiaan boleh di tulis pada bila bila masa. Walau bagaimanapun, kita boleh memanfaatkan acara-acara korporat untuk menulis dan menghantar rencana kita pada media, misalnya pada ulang tahun organisasi, pelancaran produk, pengumuman perkhidmatan, acara biasiswa atau upacara majlis tamat pengajian. Pada masa yang lain, kita juga boleh memanfaatkan berita terkini atau yang menular, acara peringatan kebangsaan atau acara sukan tahunan. Pegawai komunikasi harus peka dengan berita setempat dan mempunyai sikap ‘opportunistic’ agar kita boleh jadikan bahan berita terkini sebagai sauh untuk rencana berunsurkan kemanusiaan.

Mencari bahan rencana atau individu. Semasa bertugas di institusi pengajian tinggi, bahan rencana berunsurkan kemanusiaan di dapat melalui interaksi saya dengan pelaja-pelajar, graduan, para fakulti dan rakan-rakan sekerja. Ada juga cerita cerita yang maklumkan pada saya melalui jabatan-jabatan yang mengendali dan mempunyai akses kepada sumber sumber bahan. Kita juga boleh mencari bahan rencana berunsurkan kemanusiaan melalui kumpulan fokus atau menjemput orang awam di dalam komuniti kita tampil untuk memyumbang bahan cerita mereka.

Semak fakta dan melakukan penyelidikan kandungan. Jadikan satu amalan untuk sentiasa meyemak maklumat yang diberi.  Sebagai contoh, jika cerita kita merangkumi kisah seseorang yang menghadapai sesuatu penyakit atau kondisi, adalah baik untuk mengkaji sedikit informasi yang diberi agar kita memahami fakta yang diberi dan menulis maklumat yang tepat. Jika kita menulis sesuatu kejadian yang telah berlaku di suatu tempat yang tertentu, pastikan juga ia betul untuk mengelakkan gambaran yang salah. Jika perlu, semak nama dan ejaan yang betul.

Dapatkan kesetujuan dari sumber untuk rencana di kongsi. Pastikan bahawa tujuan rencana berunsurkan kemanusiaan itu dinyatakan kepada individu dan mereka benar-benar bersetuju untuk cerita mereka dipaparkan. Ini penting kerana ada kalanya, rencana berunsurkan kemanusian megandungi matlumat yang agak sensitif dan akan dipaparkan di media. Perkara terakhir yang kita mahu adalah apabila individu tersebut merasa malu atau merasa diri mereka dieksploitasi. Sekiranya perlu, buat surat perjanjian dengan individu tersebut untuk memastikan mereka setuju cerita mereka di jadikan usulan rencana. Mereka juga harus sedar akan publisiti yang mereka bakal terima sebaik sahaja kisah itu diterbitkan.

Mengendalikan wawancara. Sebaik sahaja individu anda bersetuju untuk diwawancara, amalkan sikap sensitif dan empathy apabila menyoal individu tersebut. Walaupun kita inginkan  maklumat yang terperinci agar rencana kita menjadi lebih berisi dan menarik, ambil kira perasaan mereka apabila bertanya soalan-soalan. Perhatikan emosi, pergerakan badan, dan ungkapan-ungkapan mereka dan pastikan kita menyatakan semua ini dalam penulisan kita.

Tulis tajuk dan kandungan yang menarik. Tajuk utama dan ringkasan yang padat dapat menarik perhatian editor dan menjadikan mereka ingin mengetahui lebih lanjut. Kandungan rencana itu harus mengambarkan sedalam mungkin perjalanan hidup, liku-liku, cabaran, perasaan dan emosi individu tersebut dengan kreatif. Pilih kata-kata yang benar-benar menceritakan kehidupan mereka dan dapat membuka tingkap imaginasi minda pembaca. Jika berpeluang, sertakan petikan kata dari orang kedua atau ketiga seperti guru, sahabat atau keluarga mengenai individu tersebut. Pada masa yang sama, petikan kata dari pihak pengurusan atau organisasi anda atas bagaimana mereka membantu untuk memberi bantuan atau sokongan pada individu tersebut juga baik.

Semak bahan rencana. Akhir sekali, semak bahan penulisan rencana anda dengan individu yang berkongsi bahan cerita agar semua informasi yang diberikan di tulis dengan sahih. Ini dapat memberi keyakinan pada dua dua pihak bahawa rencana yang di tulis adalah betul sebelum dihantar kepada media. Tapi yang paling penting, jangan lupa untuk pastikan bahawa rencana berunsur kemanusiaan ini ada kaitan positif dengan organisasi anda.

Kisah berunsurkan kemanusiaan adalah elemen bercerita yang sangat baik. Sekiranya rencana berunsurkan kemanusiaan mendapat pendedahan dalam media dan diingat oleh sasaran kita, ia boleh dikatakan sebagai satu kaedah yang berjaya. Selain dari membuka minda dan  mengubah pandangan masyarakat kepada sesuatu masalah atau perkara, ia sekaligus meningkatkan imej sesebuah organisasi yang menyokong inisiatif untuk kebaikan masyarakat setempat.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Kartina is Marketing In Asia's Editor for Op-Ed. She is also the Founder of Tin Communications. A media specialist with over 20 years of experience in both public and private sectors, she helps SMEs grow their business through strategic media and marketing plans. Connect with her on LinkedIn. You may also reach her by email at kartina@localhost.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Tidak Perlu Beli Perisian. Ada Cara Mudah Untuk Dapatkan Kedudukan Tinggi Di Google

Azleen Abdul Rahim

Kenali 3 Segmen Pemasaran Strategik Untuk Kempen Periklanan

Khir Khalid

Ini Strategi Bisnes Yang Saya Sedang Lakukan Untuk Kekal Relevan Tahun Ini

Azleen Abdul Rahim

Bagaimana Adam Menjayakan Bisnes Atas Talian Tanpa Pengalaman

Azleen Abdul Rahim

Connect
Sign Up For Our Newsletter