fbpx
Connect with us

Subscribe

Khir Khalid

Memanfaatkan Analisis SWOT Dalam Memperkasa Strategi Pemasaran

Sekecil mana pun kekuatan dan peluang yang ada, ia adalah elemen terbaik yang wajar dimanfaatkan dalam memperkasa strategi pemasaran.

Bagi kebanyakan organisasi perniagaan yang terancang, Analisis SWOT atau SWOT Analysis memainkan peranan penting untuk mengenalpasti tanda aras dalam menambahbaikkan strategi pengurusan, pemasaran, produk dan perkhidmatan disamping persediaan terhadap sebarang aspek cabaran dan kemungkinan.

Memanfaatkan Analisis SWOT juga sebenarnya tidak hanya tertumpu pada organisasi tertentu. Justeru pada artikel kali ini, saya terpanggil berkongsi perspektif bagaimana ia juga boleh membantu individu, para startup dan usahawan dalam memperkasa strategi pemasaran yang mampan.

Sama ada anda berhasrat memperkasa strategi pemasaran sebagai landasan pengukuhan perniagaan, membina reputasi keusahawanan malah membangunkan penjenamaan diri sekalipun, Analisis SWOT adalah kaedah dominan yang seharusnya dipraktikkan.

Apa Itu Analisis SWOT?

Analisis SWOT adalah kaedah analisa dalam mengenalpasti realiti perniagaan.

Ia merupakan kombinasi perkataan Strengths, Weaknesses, Opportunities dan Threats (SWOT), iaitu teknik yang digunakan untuk menganalisa faktor Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman pada sesebuah perniagaan, produk atau perkhidmatan yang diusahakan.

Melalui Analisis SWOT, pengusaha atau sesebuah organisasi perniagaan dapat mengenalpasti potensi dan cabaran sebenar dalam sektor industri yang diceburi, merangkumi faktor pengurusan, pasaran, persaingan dan apa jua yang boleh memberi kesan baik atau buruk terhadap perniagaan.

Strengths dan Weaknesses adalah faktor dalaman (internal factor) yang boleh dikawal. Ia boleh dikembangkan dan ditambahbaik mengikut kepentingan. Manakala Opportunities dan Threats pula merupakan faktor yang diluar kawalan perniagaan (external factor). Ia memerlukan persediaan tertentu agar mampu bertindak memanfaatkan peluang atau menangani ancaman sekiranya berlaku.

Berikut saya senaraikan pecahan lanjut sekadar rujukan ringkas;

Kekuatan (Strengths). Kenalpasti kekuatan perniagaan seperti aspek kualiti produk dan testimoni yang baik, pentauliahan yang diperolehi, pengurusan yang efisyen, penggunaan teknologi yang menepati standard, lokasi premis atau logistik yang strategik, atau apa jua unsur kekuatan dalaman yang ada pada perniagaan.

Kelemahan (Weaknesses). Selain kekuatan, kita juga perlu kenalpasti kelemahan dalam perniagaan seperti faktor pengurusan atau logistik yang kurang efisyen, teknologi yang terbatas, lokasi premis yang kurang strategik atau apa jua kelemahan dalaman yang boleh memberi impak negatif kepada perniagaan.

Peluang (Opportunities). Kenalpasti faktor luaran seperti peluang berpotensi yang dapat membantu dalam meningkatkan lagi keuntungan perniagaan, meningkatkan permintaan berdasarkan trending semasa dan jangka panjang pasaran agar perniagaan dapat dikembangkan dan bertapak lebih kukuh.

Ancaman (Threats). Aspek-aspek luaran yang boleh membawa impak negatif seperti sumber bekalan yang mungkin terhenti atau harga bahan mentah yang tidak menentu, kadar persaingan yang semakin bertambah, faktor perundangan, pensyaratan atau polisi kerajaan yang semakin ketat atau pelbagai lagi ancaman terhadap kemajuan perniagaan sedia ada.

Mengenalpasti setiap elemen SWOT di atas merupakan langkah pertama dalam memperolehi maklumat dan gambaran sebenar kedudukan perniagaan, agar dapat merangka strategi yang selaras dengan arah tuju berdasarkan realiti perniagaan dan pasaran.

Bina Database Perniagaan Dengan Analisis SWOT

Kepada anda yang telah mempraktikkan Analisis SWOT dalam organisasi atau perniagaan anda sendiri, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya.

Namun bagi yang belum, saya ada saranan mudah untuk anda memanfaatkan Analisis SWOT sebagai database tentang situasi perniagaan anda dengan lebih tersusun. Anda hanya perlu luangkan masa dalam suasana yang tenang dengan sebatang pen dan sekeping kertas kosong.

Apa yang perlu anda praktikkan adalah menilai dan senaraikan setiap perincian faktor dalaman tentang kelebihan (Kekuatan) dan kekurangan (Kelemahan) pada perniagaan, produk atau perkhidmatan yang anda usahakan berbanding pesaing. Anda juga boleh praktikkan terhadap diri anda sendiri untuk kebaikan profesionalisme keusahawanan.

Begitu juga tentang faktor luaran seperti potensi (Peluang) dan gangguan (Ancaman) dalam skop industri dan pasaran yang boleh memberi kesan baik dan buruk perniagaan, produk, perkhidmatan atau reputasi profesionalisme dalam sektor pasaran yang anda ceburi.

Dari situ anda telah pun memperolehi fakta asas penting tentang situasi sebenar realiti keusahawanan dan perniagaan. Hasil ini mampu memberi perangsang untuk anda lebih berdaya maju dan juga boleh menimbulkan kebimbangan terhadap perkara yang boleh menjejaskan perniagaan.

Itulah tujuan Analisis SWOT, agar kita lebih peka dengan keberadaan perniagaan yang diusahakan.

Memperkasa Strategi Pemasaran Dengan Analisis SWOT

Kombinasi kedua faktor Kekuatan dan Peluang adalah landasan dalam memperkasa strategi pemasaran yang lebih mampan.

Memanfaatkan Kekuatan menjadi tunggak utama dalam setiap perniagaan, produk dan perkhidmatan dalam mengukuhkan lagi potensi pasaran berdasarkan Peluang (Opportunities) yang ada. Secara tidak langsung, ia membantu mengurangkan impak kelemahan dan menyediakan ruang mencipta alternatif agar lebih bersedia mendepani ancaman sekiranya berlaku.

Faktor kekuatan tersebut adalah elemen penting yang boleh dijadikan sebagai ‘modal’ strategik pemasaran yang diketengahkan dalam penyampaian mesej secara online dan offline sama ada berbentuk pengiklanan komersil, agenda perhubungan awam atau storytelling di setiap sales funnel atau corong jualan secara konsisten kepada pelanggan dan prospek pasaran.

Sebagai contoh pencerahan lanjut… kita boleh lihat bagaimana faktor Halal menjadi keutamaan dalam pasaran makanan dan barangan pengguna. Begitu juga dengan kelulusan KKM untuk produk kecantikan, termasuk GMP, ISO2001, Sirim, ‘not tested on animals’ dan pelbagai lagi pentauliahan serta statement yang menjadi kekuatan kepada perniagaan, produk dan perkhidmatan.

Tidak ketinggalan juga yang memaparkan lokasi premis yang menarik, karekter pengasas dan kakitangan yang friendly malah apa jua kekuatan sentiasa diketengahkan disamping menambahbaik mutu perniagaan dan saluran komunikasi yang tepat dalam memaksimakan peluang.

Analisis SWOT membantu pencerahan realiti perniagaan. Sekecil mana pun kekuatan dan peluang yang ada, ia adalah elemen terbaik yang wajar dimanfaatkan dalam memperkasa strategi pemasaran.

Sign Up For Our Newsletter

Written By

Khir Khalid is a certified marketing professional registered with the Institute of Marketing Malaysia. Besides being a columnist at Utusan Malaysia, he is also an associate marketing consultant and a digital content writer for commercial sectors and agencies. Follow him on LinkedIn and website.

1 Comment

1 Comment

  1. Tengku Mohd Ikhram Bin Tengku Ibrahim

    1st February 2020 at 3:03 am

    Thanks coach 👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Pelanggan Membantu Memasarkan Produk

Marketing

Mantap Bersama Dilancarkan Untuk Membantu Perniagaan Kecil Di Malaysia

Google

Potensi Augmented Reality Dalam Pemasaran Digital

Khir Khalid

Tiga Cabaran Besar Untuk Berubah

Leadership & Empowerment

Connect
Sign Up For Our Newsletter